Tips Mudah Dapatkan Kulit Bersih Dan Cantik

Tips Mudah Dapatkan Kulit Bersih Dan Cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Apa khabar korang pagi ni. Aina harap korang sihat walafiat dan ceria selalu. Alhamdulillah Aina sihat walafiat. Ok untuk pagi ini Aina akan berkongsi dengan korang cara untuk mendapatkam kulit yang bersih dan cantik menawan. Korang mestu teruja nak tahu apa tips berkesan bagi mendapatkan kulit bersih berseri. Pagi ini Aina kongsikan 3 langkah mudah untuk dapatkan kulit bersih berseri.

https://ainaasuhaimi.blogspot.com/

Sumber Gambar: Google 

3 Tips Mudah Untuk Dapatkan Kulit Yang Bersih Dan Cantik

Antara langkah-langkah bagi mendapatkan kulit bersih berseri. Jom baca sama sama. Semoga bermanfaat buat korang semua. 

Basuh Muka Setiap Hari

Setiap hari korang wajib basuh atau cuci muka korang khususnya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Janganlah pula hanya buat pada hari-hari tertentu sahaja. Untuk dapatkan kulit yang bersih berseri dan menawan, korang perlu buat secara konsisten. Jangan malas malas okey!

Minum Air Putih 6 Hingga 8 Gelas Sehari

Pastikan korang minum 6 hingga 8 gelas air putih sehari. Jika korang amalkan petua ini selalu pasti korang akan nampak perubahan yang ketara pada kulit korang. Sebab air dapat membuang toksin dari dalam badan sekaligus badan lebih sihat dan kulit lebih berseri.

Dapatkan Tidur Yang Cukup

Korang tahu tak kalau kita tak cukup tidur, hormon dalam badan kita jadi tidak stabil. Sewaktu kita tidur, sel kulit dan hormon badan kita akan diperbaharui. Jadi korang yang selalu buat kerja sampai tengah malam tu kena belajar untuk tidur awal.

Kadang-kadang back to basic adalah perkara yang paling baik untuk kecantikan kita. Aina harap dengan perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang semua khususnya wanita bagi perkara paling asas dalam menjaga kecantikan.

Kalau korang ada cadangan atau tips lain untuk  berkongsi dengan wanita-wanita lain di luar sana, Aina sangat alu-alukan untuk korang tulis di ruangan komen. 

Itu sahaja untuk pagi ini. Aina mohon undur diri dahulu. Jangan lupa kongsikan tips mudah ini kepada sahabat korang juga. Nantikan lebih banyak tips daripada Aina pada post yang akan datang. Terima kasih kerana singgah membaca di blog Aina. 

Comments